CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 April 2012



HOT - SIBLINGS

Grrrrrrrrr...
Dis entry special untuk orang-orang yang buat diri ini selalu tersenyum dengan karenah masing-masing. Siyesly , Saya rindu awak- awak semua. Awak- awak semua always sentiasa dihati. Tak kira belajar dalam negera atau luar negara..

..........................................

I LUV U

.........................................


Pertama kali kita berjumpa tidak pastinya ternyata..
diriku dipenuhi dengan soalan ... "?????"
Ku tiada teman..
Aku terlihat insan yang keliru..
Air yang deras mencerminkan wajahku..
Engkau menjelma memberi harapan..
Menghulur tangan..

Sempena hari mulia ini..
Aku tersenyum mengimbasi lalu kembali kenangan antara kita semua..
Kini jadi BAHAN RINDU yang kusimpan ketat-ketat dalam hati ini..

Detik masa kini seakan kedengaran..
Mereka mengucapkan "BYE BYE , SELAMAT JALAN" kepada ku
yang sering bergurau senda dengan mereka..


Bagaikan anak yang baru lahir..
Titisan air mata mula mengalir..
Di simpang hati ini menyebut kata-kata terakhir untuk mereka..

Ku hargai semua yang terjadi..
Memang nyata dirimu takkan ada PENGGANTI..
Semoga kita semua dapat berjumpa kembali..
Kerana ku yakin dirimu sentiasa di HATIKU.


p/s :: adeq2 yang kakak sayang..semoga adeq2 semua tabah , sabar dan diberi kekuatan dalam mengharungi kehidupan di DUNIA LUAR SANA..
Semoga talian persahabatan kita sampai ke syurga.. peace peace.. (n_n) -



24 January 2012

IBU

Ibu..
Pejam celik..pejam celik..
Dah 5 tahun Ibu meninggalkan deqYu..
(28 MEI 2008 - RABU - 12.58a.m)

Ibu..
dEqYu Rindu Ibu..
DeqYu rindu nak peluk Ibu..
Rindu nak berkongsi cerita dengan Ibu..
Rindu nak bergurau senda dengan Ibu..
Rindu kasih sayang Ibu..
Rindu akan kata-kata semangt dari Ibu..

Ibu..
23 JANUARI 2012 ,
DeqYu selit2 masuk program kelas BI..
Program kursus BI yang DeqYu join masa 2007..
Ibu selalu marah-marah bila DeqYu balik lambat..
Tengah hari tadi..
DeqYu tgk persembahan Junior DeqYu..
Mereka pasang video tentang 'BUATMU IBU' ..


Allah...

Mula lagu tu ,
Mata DeqYu dah mula berkaca..
Mudahnya hati ni tersentuh..
DEqYu tak boleh bila dengar lagu dan tengok video pasal 'IBU'..
DeqYu pasti menangis...(Rindu Ibu , nak peluk ibu walau itu deqYu tahu , hanya mampu cakap tp tak mampu nak buat dah cuz Ibu dah pergi buat selama-lamanya)

** Terima kasih sahabat kerana ada disamping diri ini , selalu memahami diri ini..allah..tadi menangis dalam dakapan sahabat..terima kasih sahabat.. FADH dan MALIN (kak zatie sayang awak2 bedua)

Ibu..
DeqYu pasrah dan terima dengan redha diats pemergian Ibu..
Ibu pasti bahagia di sana..
Ibu..
Pesan Ibu selalu terpahat dihati..

Ibu..
DeqYu tak mampu nak balas jasa dan pengorbanan Ibu..
DeqYu tak sempat nak bagi Ibu merasa duit hasil titik peluh DeqYu..
DeqYu selalu bermonolog..

"Andaila ibu masih ada , pasti ibu bahagia , gembira dapat merasai duit DeqYu , DeqYu nak bagi Duit gaji deqYu untuk ibu beli barang2 dapur..Ibu suka masak , Ibu suka pokok2 bunga" Allah..

(Maafkan DeQyU kerana tak sempat bahagiakan Ibu)

Ibu.. 
Ibuuu...
Ibuuuuuuuu...
Dengar ni..
DeqYu dah berubah..
Banyak perubahan dalam diri deqYu..
Dari segi pemakaian , dari segi kefahamn DeqYu tentang agama..
Dari segi tingkah laku deQyu..
Yeaaahh..DeqYu bahagia Buuu..
(DeqYu dalam proses membentuk diri kearah yang lebih baik lagi buuu) **InsyaAllah**

#kalau ibu ada , pasti ibu tersenyum gembira tgk DeqYu kan ?.. alaaaa..comelnye bila ibu senyum#



Ibu..
Ketahuilah..
Ibu adalah cinta hati dEqYu..
Ibu adlah wanita yang paling hebat..

Terima kasih Ibu..
Terima kasih buat segala2nya..

:: DeQyU.sAyaNg.IbU.::

19 January 2012

RENUNGAN BERSAMA


Kadangkala aku mengeluh sendirian..
Mengeluh tatakala mengenangkan smpai bila aku mampu bertahan diatas jalan dakwah..
Mungkin esok atau lusa...
Ancaman ..
Makian . .
Ujian . .
Tohmahan..
Cacian..
Seringkali mewarnai jalan yang panjang ini..
Lelah dan jenuh menghampiri setiap sudut perjalanan..
Namun aku tetap yakin dengan janji Allah..

"Sesungguhnya Allah telah membeli org-2 mukmin diri dan harta mereka dgn memberikan SYURGA untuk mereka . . ."

Ingatlah sahabat..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Ingatlah betapa Allah mengira setiap titisanmu yang gugur itu..
Di situ air mata yang menitis adalah sangt bernilai untuk menyiram api neraka , bersabarlah wahai pejuang dakwah..Syurga pasti milik anda..khair , InsyaAllah.

"Allah memberi hidayah kepada seorang manusia melalui perantaraanmu ,lebih baik  nilainya bagimu, daripada unta merah "

[HR.AL-BUKHARI dan MUSLIM]

18 January 2012

KASIH IBU BAWA KE SYURGA



Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. 

Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil

Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.


Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor.


Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu!Tak mahu !".


Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.

Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.


Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.


Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman.


Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.


Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu.

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya.

Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden.

". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nakdatang ". 

Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. 

Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....


Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu.
Pakaian dan dandannya ku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka yg selekeh itu ibu ku..malu!..

Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh,membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis

Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.
Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan.

p/s: Siyesly meleh air mata ini bila baca kisah ni..Allah , rindu nye diri ini pada kasih seorang IBU , IBU telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya..Semoga ibu ditempatakn dalam kalangan orang2 yang beriman..Pada sahabt-sahabt yang masih mempunyai IBU , hargailah ibu anda , sayangilah mereka ,IBU seorang boleh membesarkan , mendidik 10 orang anak tapi 10 orang anak takkan tak boleh nak jaga IBU seorang. Ingat , jangan buat IBU anda menangis sebab perangai anda.. kalau menangis tanda IBU gembira..tak apa....pengorbanan IBU jika dihitung tidak akan terbalas oleh seorang anak.

17 January 2012

BE GOOD TO YOURSELF

Trust yourself. You know what you want and need.

Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.

Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.

Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.

When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.

Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.

When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.

When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.

When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.

 When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment.


 When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.

 When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.

14 January 2012

28 MEI 2008

Tarikh Pilihan raya pada tahun 2008 (aku tak ingat berapa hari bulan)..
Ibu begitu semangat untuk mengundi..
Ibu pergi mengundi bersama abang dan kakak..
Selesai mengundi,
Ibu menziarahi sepupu sakit kerana buatan orang..(bila iri hati menyelubungi diri,macm2 boleh jadi,tak kire dosa pahala)
Apabila Ibu balik dari ziarah sepupu sakit..
Ibu macam terkena akan jangkitan itu (**Kan Deq Yu dah cakap kat ibu,jgn pergi,ibu tak kuat,tubuh ibu lemah)

(**Alaaaa, Ibu nak tengok macam mana keadaan mak teh korang, kecian dia,korang macam nak halang ibu jumpa mak teh korang)

#Ya Allah ibu, Kami tak ada niat nak halang ibu jumpa mak teh,kami tak nak apa-apa terjadi pada ibu..kami sayang ibu, tengok.. apa dah jadi kat ibu ?.. # (sambil2 mengurut badan ibu yang lemah itu)

Hari seterusnya, sakit ibu macam melarat..
Ibu selalu marah anak-anak..
Ibu macam duduk dekat dunia lain (dunia yang bersama dengan makhluk-makhluk itu)
Ya Allah ,
Ibu..
Hari demi hari ibu hanya terlantar atas tilam yang berada di depan TV (dekat 3 bulan rumah tak bukak tv , kerana Ibu sakit dalam tempoh 3 bulan)

Ibu..
Ibu sakit masa Deq Yu nak STPM..(Bila Deq Yu exam STPM , ibu dah tak ada)
Ibu.. Walau Ibu marah kami..
Kami tetap sabar dan tidak pernah ambil hati dengan tindakan ibu..
Kami tahu, mase ibu marah-marah bukan Ibu, Ibu telah dirasuk oleh suatu benda..

Masih Deq Yu ingat..
Ibu mintak nak makan bubur nasi..
Waktu tu, Kak za yang buatkan untuk ibu..
Deq Yu hanya duduk disebelah ibu menunggu untuk suap bubur kat Ibu..
Ibu tak nak makan , Ibu cakap "kau tak pandai suap, aku tak nak makan, kau letak ubat"
(Ya Allah,betul..jaga orang sakit perlukan kesabaran yang tinggi)
dEq yU..

DeQ yU tergamam seketika..mata macam dah nak menangis tapi ayah ada bersama aku..
Ayah cakap "tak payah ambil hati,itu bukan ibu,Ibu takkan cakap bukan-bukan pada anak dia"

#DeQ yU tak pernah ambil hati apa yang ibu cakap, kesakitan ibu lebih pedih dari apa yang diututurkan oleh ibu itu#

Ibu..
Sebulan lebih Ibu terlantar dekat rumah..
Deq Yu dengan anak2 ibu yang lain sentiasa bersama ibu tika ibu menanggung derita kesakitan..
Dalam sebulan itu jugak ,
Tubuh Ibu macam dah jadi lain..
Perut Ibu mula membengkak,
Mata Ibu mula jadi Kuning..
Tempat Ibu yang buat operation pada 2006 akibat KANSER USUS macam nak berkulat,always keluar darah..(Ya Allah, sungguh tabah ibu hadapinya)

#Kami tidak pernah tinggalkan ibu keseorangn..kami tak pernah berhenti berdoa untuk kesihatan ibu kembali pulih#

Hari demi hari ,
Kehidupan Ibu macam dah tak ada harapan untuk sembuh..
Macam-macam cara perubatan abang dan kakak buat untuk ibu..

(** Tak kira banyak mana keluar duit , tak kire banyak mana tenaga dikeluarkan, tak kira jaoh mana ibu nak pergi berubat, kami anak -anak akan sentiasa memenuhi kehendak ibu ----->> asalakan Ibu kembali sehat seperti sediakala ----> rindu nak bergurau senda dengan ibu, rindu masakan ibu , rindu nak pergi surau jalan kaki sama ibu----> :( )

Finally,
Ibu telah telah kami bawa ke hospital kerana keadaan ibu macam dah tak boleh dikawal..
Mula-mula, Ibu tak nak pergi hospital..
Ibu takut akan rawatan kemotrapi..
Ibu tak nak buat Kemotrapi..
Ayah dan abang-abang terpaksa melakukan kekerasan terhadap ibu..
Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan kami 3beradeq (perempuan)
Terasa macam mereka kurang ajao dengan Ibu..(Fikir positif , demi kebaikan Ibu)

Ibu ditempatkan di tingkat 2 dekat Hospital KB..
Nurse masukkan air..(satu hari dalam 7 botol)
Dekat sebulan jugak ibu terlantar dekat katil hospital..
Pada masa ibu dekat hospital jugak Deq Yu macam banyak ponteng kelas..
Waktu pagi sampai petang kadang Deq Yu sorang yang jaga, kadang2 diteman ayah..
Waktu malam sampai pagi Kak wani , kakak dan abang yang jaga (bergilir-gilir)

#Hati tak tenang nak belaja bila Ibu dekat hospital, sory cikgu2 kerana saya selalu ponteng kelas#

Keadaan Ibu masa mendapat rawatan dekat hospital,
Alhamdulillah,
Makin beransur pulih tapi mata dan perut ibu tak ada perubahan (bengkak hati) ---> Ibu memang kuat..
Ibu..
Penyakit KANSER USUS macam nak membunuh Ibu..
Kami adeq beradeq tak pernah paksa Ibu untuk mendapatkan rawatan Kemotrapi tu, semuanya Ibu yang buat keputusan, Kami terima keputusan ibu dengan hati yang terbuka ---->>>

Seminggu terakhir ibu dekat hospital..
Ibu telah dipindahkan ke Wad atas tanah berdekatan dengan bilik mayat..
Doctor cakap ,
Ibu kena dapatkan rawatan dekat wad tu..
Dalam tengah hari gitu ibu telah dipindahkan..
Katil ibu berdekatan dengan tingkat..(senang bagi saudara mara yang tak nak masuk ke dalam :p)
Dalam seminggu tu jugak..
Ibu macam banyak berubah..
Ibu tanya bukan-bukan pada abang kamal..
Waktu tu , Deq Yu dan Abang Kamal yang jaga..
Soalan-soalan ibu membuatkan bulu roma nurul naik..(aku cepat-cepat meninggalkan ibu dan abang kamal , aku berlari dengan laju menuju ke surau nak ambil wudhuk untuk baca yasin untuk ibu)

#Nurul , jangan difikirkan sangat soalan-soalan ibu , andai betul-betul ibu nak meninggalkan kita, kite banyakkn sedekah yasin untuk ibu, terima dengan hati yang redha yea deq#

Hari terakhir Ibu dekat hospital..
Waktu tu , Deq Yu ada kelas tambahan dekat sekolah..
Tengah hari hati tergerak nak g hospital..
Setibanya Deq Yu dekat hospital..
Deq Yu dihalang Ibu untuk menjenguk Ibu..(Allah, kenapa dengan ibu ni, dengan anak sniri tak nak jumpe)

Kedengaran Ibu berbicara disebalik tirai "aku tak nak buat kemotrapi , kau tak faham bahasa ke,kau nak bunuh aku ke"

#Ya Allah , sebab tu ke ibu tak nak jumpa Deq yU, Ibu ingatkan Deq Yu adalah Doctor yang merawat dia# 

---->> Ayah cuba menenangkn diri Deq Yu (Tak kisah la ayah,tak ambil hati pom dengan tindakan ibu) . .

Jam 4.30 ptg ,
Ibu mintak nak balik rumah..
Ibu cakap "aku nak mati kat rumah"..(macam tanda-tanda ibu nak tinggalkan kami)
Nurse cakap boleh dah buat balik baca-baca yasin..

Sebelum nak balik..
Ada sedikit pergelutan antara Ibu , nurse , abang2 dan saudara mara..
Alkisahnya..
Ayah nak bukak jarum yang masuk air kat tangan Ibu..
Ibu tarik dengan kuat2 tak bagi ayah bukak..
Ibu memang kuat time tu , 6 lelaki pegang ibu untuk bukak jarum tu tak berjaya..
Ibu cakap "kenapa kau buat aku macam lembu, aku bukan lembu"(Allah , Ibu memang dah berubah)
Kakak nak pakaikan baju lain kerana baju hospital kene bagi balik..
Ibu tak nak tukar..(terpaksa buat balik baju hospital)
Setelah selesai semua masalah dekat hospital..
Sampai rumah ,
Ibu tak nak naik rumah..
Ibu nak balik hospital balik..(Ya Allah , kami redha dengan apa yang terjadi pada ibu)
Abang-abang berkeras mengangkat ibu..
Ibu diletakkan kembali dekat tempat sedia kala..(duduk dekat depan tv)
Ibu ,
Bertenanglah ,
Banyak ingatkan Allah (Deq Yu , Abg2 , dan kakak2 mengingtkan ibu)
Setibanya Ibu kat rumah..
dEQ yU , kakak , abang-abang segera mengambil wudhuk dan mencapai surah yasin dah memang tersedia dekat alamari TV..
Dalam masa yang sama jugak. . Jiran-jiran , saudara mara datang melihat keadaan ibu..
Ada satu adegan yang tak boleh Deq Yu lupakan..

---- >> Kak ngah(sepupu) , datang memeluk ibu dengan berkata "kak ,Ingat aku tak , tak kenal aku ke ?.. jangan buat aku macam ni, kau kena tabah, ingat dekat Tuhan, kau kene kuat, " (Ibu mula tak kenal sape-sape) ---->>>>

Deq Yu bace Yasin untuk Ibu dalam keadaan sebak..Deq Yu tak kuat Bu..
Deq Yu ditenangkan oleh ayah..(Allah)

#Kami adeq bradeq tak pernah putus membca Yasin untuk Ibu sampailah sekarang#

Deq Yu lap-lap badan ibu dengan kain basah,
Nak bagi ibu segar..
Deq Yu sikat rambut ibu..
Deq Yu pakaikan minyak rambut untuk Ibu..
Rambut ibu panjang macam rambut Deq Yu sekarang.. (ramai orang cakap , adeq Yu macam Ibu)
Deq Yu nak tengok Ibu senyum tapi Ibu marah-marah Deq Yu..(tak apa ibu, deq yu faham keadaan ibu)

#Kakak dan abang macam gelisah tengok kelakuan ibu, kakak macam takot2 akan keadaan ibu#

Yeaa..
Gelisah abang dan kakak itu macam satu petanda,
Sempat lagi panggil Ustaz yang memang berubat cara Islam (masih lagi tidak berputus asa untuk berubat ibu)
Setibanya ustaz pada hari selasa..
Ustaz sekadar cakap ada orang hantar pusaka..
Nak turunkan pusaka tu dekat Ibu..
Ibu tak terima..
Dats why ibu tak kenal sape-sape..
Dengan keadaan Ibu yang lemah ,
Ustaz tak boleh nak berbuat apa-apa..

#Ya Allah..kami sayangkan Ibu, tapi kami sanggup lepaskan ibu untuk kembali kepadaMU, biarlah Ibu pergi meninggalkan kami daripada ibu menanggung derita kesakitan#

Selepas Ustaz balik ,
Kami adeq beradeq tidak pernah sesekali meninggalkan ibu keseorangn..
Pasti ada dengan Ibu...
Kami mengusap-ngusap dahi ibu..
Kami baca yasin dekat telinga Ibu..(moga-moga tak ada benda halus kacao ibu)

Deq Yu sekali lagi lap-lap tubuh ibu..
Rambut ibu kene potong..
Deq yu sikat rambut ibu..
Deq Yu dan Kakak tukarkan baju untuk Ibu..(sungguh cantik ibu pada mlm itu, ibu mengukirkan senyuman yg sgt manis) ---->>> terima kasih Ya Allah..
Selesai semua tu..
Deq yu kembali sambung baca Yasin untuk Ibu..

Malam rabu itu jugak ,
Deq Yu tengok Ibu macam nak pergi buat selama-lamanya..
Deq yU ada dekat tepi Ibu..
Deq Yu tengok mata Ibu yang tutup tetiba terbukak dan melilau ke atas..(Allah, engkau lebih sayangkan Ibu)
Akhirnya,
Tamat penderitaan Ibu..
Ibu pergi meninggalkan kami..

#Pagi rabu jam 8.00 pagi , DeQ Yu DaN 2 OrAnG kAkAk mandikan Jenazah Ibu, tempat ibu operation yang ibu pakai Beg untuk buang air besao tu dah tak keluar darah, dah tak berkulat...Allah , memang Engkau Maha Berkuasa#

Allah , Aku terima pemergian Ibu dengan hati yang redha.
Tempatkanlah Ibuku dalam kalangan orang2 yang beramal soleh..
Pakaikanlah Ibuku dengan pakaian SyurgaMu.. Allah Hu Akbar..

---->>> i love you so much Ibu <<<----------

Rabu ---->>
12.58 a.m ------->>>>
28 MEI 2008 ---------->>>