CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 January 2012

28 MEI 2008

Tarikh Pilihan raya pada tahun 2008 (aku tak ingat berapa hari bulan)..
Ibu begitu semangat untuk mengundi..
Ibu pergi mengundi bersama abang dan kakak..
Selesai mengundi,
Ibu menziarahi sepupu sakit kerana buatan orang..(bila iri hati menyelubungi diri,macm2 boleh jadi,tak kire dosa pahala)
Apabila Ibu balik dari ziarah sepupu sakit..
Ibu macam terkena akan jangkitan itu (**Kan Deq Yu dah cakap kat ibu,jgn pergi,ibu tak kuat,tubuh ibu lemah)

(**Alaaaa, Ibu nak tengok macam mana keadaan mak teh korang, kecian dia,korang macam nak halang ibu jumpa mak teh korang)

#Ya Allah ibu, Kami tak ada niat nak halang ibu jumpa mak teh,kami tak nak apa-apa terjadi pada ibu..kami sayang ibu, tengok.. apa dah jadi kat ibu ?.. # (sambil2 mengurut badan ibu yang lemah itu)

Hari seterusnya, sakit ibu macam melarat..
Ibu selalu marah anak-anak..
Ibu macam duduk dekat dunia lain (dunia yang bersama dengan makhluk-makhluk itu)
Ya Allah ,
Ibu..
Hari demi hari ibu hanya terlantar atas tilam yang berada di depan TV (dekat 3 bulan rumah tak bukak tv , kerana Ibu sakit dalam tempoh 3 bulan)

Ibu..
Ibu sakit masa Deq Yu nak STPM..(Bila Deq Yu exam STPM , ibu dah tak ada)
Ibu.. Walau Ibu marah kami..
Kami tetap sabar dan tidak pernah ambil hati dengan tindakan ibu..
Kami tahu, mase ibu marah-marah bukan Ibu, Ibu telah dirasuk oleh suatu benda..

Masih Deq Yu ingat..
Ibu mintak nak makan bubur nasi..
Waktu tu, Kak za yang buatkan untuk ibu..
Deq Yu hanya duduk disebelah ibu menunggu untuk suap bubur kat Ibu..
Ibu tak nak makan , Ibu cakap "kau tak pandai suap, aku tak nak makan, kau letak ubat"
(Ya Allah,betul..jaga orang sakit perlukan kesabaran yang tinggi)
dEq yU..

DeQ yU tergamam seketika..mata macam dah nak menangis tapi ayah ada bersama aku..
Ayah cakap "tak payah ambil hati,itu bukan ibu,Ibu takkan cakap bukan-bukan pada anak dia"

#DeQ yU tak pernah ambil hati apa yang ibu cakap, kesakitan ibu lebih pedih dari apa yang diututurkan oleh ibu itu#

Ibu..
Sebulan lebih Ibu terlantar dekat rumah..
Deq Yu dengan anak2 ibu yang lain sentiasa bersama ibu tika ibu menanggung derita kesakitan..
Dalam sebulan itu jugak ,
Tubuh Ibu macam dah jadi lain..
Perut Ibu mula membengkak,
Mata Ibu mula jadi Kuning..
Tempat Ibu yang buat operation pada 2006 akibat KANSER USUS macam nak berkulat,always keluar darah..(Ya Allah, sungguh tabah ibu hadapinya)

#Kami tidak pernah tinggalkan ibu keseorangn..kami tak pernah berhenti berdoa untuk kesihatan ibu kembali pulih#

Hari demi hari ,
Kehidupan Ibu macam dah tak ada harapan untuk sembuh..
Macam-macam cara perubatan abang dan kakak buat untuk ibu..

(** Tak kira banyak mana keluar duit , tak kire banyak mana tenaga dikeluarkan, tak kira jaoh mana ibu nak pergi berubat, kami anak -anak akan sentiasa memenuhi kehendak ibu ----->> asalakan Ibu kembali sehat seperti sediakala ----> rindu nak bergurau senda dengan ibu, rindu masakan ibu , rindu nak pergi surau jalan kaki sama ibu----> :( )

Finally,
Ibu telah telah kami bawa ke hospital kerana keadaan ibu macam dah tak boleh dikawal..
Mula-mula, Ibu tak nak pergi hospital..
Ibu takut akan rawatan kemotrapi..
Ibu tak nak buat Kemotrapi..
Ayah dan abang-abang terpaksa melakukan kekerasan terhadap ibu..
Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan kami 3beradeq (perempuan)
Terasa macam mereka kurang ajao dengan Ibu..(Fikir positif , demi kebaikan Ibu)

Ibu ditempatkan di tingkat 2 dekat Hospital KB..
Nurse masukkan air..(satu hari dalam 7 botol)
Dekat sebulan jugak ibu terlantar dekat katil hospital..
Pada masa ibu dekat hospital jugak Deq Yu macam banyak ponteng kelas..
Waktu pagi sampai petang kadang Deq Yu sorang yang jaga, kadang2 diteman ayah..
Waktu malam sampai pagi Kak wani , kakak dan abang yang jaga (bergilir-gilir)

#Hati tak tenang nak belaja bila Ibu dekat hospital, sory cikgu2 kerana saya selalu ponteng kelas#

Keadaan Ibu masa mendapat rawatan dekat hospital,
Alhamdulillah,
Makin beransur pulih tapi mata dan perut ibu tak ada perubahan (bengkak hati) ---> Ibu memang kuat..
Ibu..
Penyakit KANSER USUS macam nak membunuh Ibu..
Kami adeq beradeq tak pernah paksa Ibu untuk mendapatkan rawatan Kemotrapi tu, semuanya Ibu yang buat keputusan, Kami terima keputusan ibu dengan hati yang terbuka ---->>>

Seminggu terakhir ibu dekat hospital..
Ibu telah dipindahkan ke Wad atas tanah berdekatan dengan bilik mayat..
Doctor cakap ,
Ibu kena dapatkan rawatan dekat wad tu..
Dalam tengah hari gitu ibu telah dipindahkan..
Katil ibu berdekatan dengan tingkat..(senang bagi saudara mara yang tak nak masuk ke dalam :p)
Dalam seminggu tu jugak..
Ibu macam banyak berubah..
Ibu tanya bukan-bukan pada abang kamal..
Waktu tu , Deq Yu dan Abang Kamal yang jaga..
Soalan-soalan ibu membuatkan bulu roma nurul naik..(aku cepat-cepat meninggalkan ibu dan abang kamal , aku berlari dengan laju menuju ke surau nak ambil wudhuk untuk baca yasin untuk ibu)

#Nurul , jangan difikirkan sangat soalan-soalan ibu , andai betul-betul ibu nak meninggalkan kita, kite banyakkn sedekah yasin untuk ibu, terima dengan hati yang redha yea deq#

Hari terakhir Ibu dekat hospital..
Waktu tu , Deq Yu ada kelas tambahan dekat sekolah..
Tengah hari hati tergerak nak g hospital..
Setibanya Deq Yu dekat hospital..
Deq Yu dihalang Ibu untuk menjenguk Ibu..(Allah, kenapa dengan ibu ni, dengan anak sniri tak nak jumpe)

Kedengaran Ibu berbicara disebalik tirai "aku tak nak buat kemotrapi , kau tak faham bahasa ke,kau nak bunuh aku ke"

#Ya Allah , sebab tu ke ibu tak nak jumpa Deq yU, Ibu ingatkan Deq Yu adalah Doctor yang merawat dia# 

---->> Ayah cuba menenangkn diri Deq Yu (Tak kisah la ayah,tak ambil hati pom dengan tindakan ibu) . .

Jam 4.30 ptg ,
Ibu mintak nak balik rumah..
Ibu cakap "aku nak mati kat rumah"..(macam tanda-tanda ibu nak tinggalkan kami)
Nurse cakap boleh dah buat balik baca-baca yasin..

Sebelum nak balik..
Ada sedikit pergelutan antara Ibu , nurse , abang2 dan saudara mara..
Alkisahnya..
Ayah nak bukak jarum yang masuk air kat tangan Ibu..
Ibu tarik dengan kuat2 tak bagi ayah bukak..
Ibu memang kuat time tu , 6 lelaki pegang ibu untuk bukak jarum tu tak berjaya..
Ibu cakap "kenapa kau buat aku macam lembu, aku bukan lembu"(Allah , Ibu memang dah berubah)
Kakak nak pakaikan baju lain kerana baju hospital kene bagi balik..
Ibu tak nak tukar..(terpaksa buat balik baju hospital)
Setelah selesai semua masalah dekat hospital..
Sampai rumah ,
Ibu tak nak naik rumah..
Ibu nak balik hospital balik..(Ya Allah , kami redha dengan apa yang terjadi pada ibu)
Abang-abang berkeras mengangkat ibu..
Ibu diletakkan kembali dekat tempat sedia kala..(duduk dekat depan tv)
Ibu ,
Bertenanglah ,
Banyak ingatkan Allah (Deq Yu , Abg2 , dan kakak2 mengingtkan ibu)
Setibanya Ibu kat rumah..
dEQ yU , kakak , abang-abang segera mengambil wudhuk dan mencapai surah yasin dah memang tersedia dekat alamari TV..
Dalam masa yang sama jugak. . Jiran-jiran , saudara mara datang melihat keadaan ibu..
Ada satu adegan yang tak boleh Deq Yu lupakan..

---- >> Kak ngah(sepupu) , datang memeluk ibu dengan berkata "kak ,Ingat aku tak , tak kenal aku ke ?.. jangan buat aku macam ni, kau kena tabah, ingat dekat Tuhan, kau kene kuat, " (Ibu mula tak kenal sape-sape) ---->>>>

Deq Yu bace Yasin untuk Ibu dalam keadaan sebak..Deq Yu tak kuat Bu..
Deq Yu ditenangkan oleh ayah..(Allah)

#Kami adeq bradeq tak pernah putus membca Yasin untuk Ibu sampailah sekarang#

Deq Yu lap-lap badan ibu dengan kain basah,
Nak bagi ibu segar..
Deq Yu sikat rambut ibu..
Deq Yu pakaikan minyak rambut untuk Ibu..
Rambut ibu panjang macam rambut Deq Yu sekarang.. (ramai orang cakap , adeq Yu macam Ibu)
Deq Yu nak tengok Ibu senyum tapi Ibu marah-marah Deq Yu..(tak apa ibu, deq yu faham keadaan ibu)

#Kakak dan abang macam gelisah tengok kelakuan ibu, kakak macam takot2 akan keadaan ibu#

Yeaa..
Gelisah abang dan kakak itu macam satu petanda,
Sempat lagi panggil Ustaz yang memang berubat cara Islam (masih lagi tidak berputus asa untuk berubat ibu)
Setibanya ustaz pada hari selasa..
Ustaz sekadar cakap ada orang hantar pusaka..
Nak turunkan pusaka tu dekat Ibu..
Ibu tak terima..
Dats why ibu tak kenal sape-sape..
Dengan keadaan Ibu yang lemah ,
Ustaz tak boleh nak berbuat apa-apa..

#Ya Allah..kami sayangkan Ibu, tapi kami sanggup lepaskan ibu untuk kembali kepadaMU, biarlah Ibu pergi meninggalkan kami daripada ibu menanggung derita kesakitan#

Selepas Ustaz balik ,
Kami adeq beradeq tidak pernah sesekali meninggalkan ibu keseorangn..
Pasti ada dengan Ibu...
Kami mengusap-ngusap dahi ibu..
Kami baca yasin dekat telinga Ibu..(moga-moga tak ada benda halus kacao ibu)

Deq Yu sekali lagi lap-lap tubuh ibu..
Rambut ibu kene potong..
Deq yu sikat rambut ibu..
Deq Yu dan Kakak tukarkan baju untuk Ibu..(sungguh cantik ibu pada mlm itu, ibu mengukirkan senyuman yg sgt manis) ---->>> terima kasih Ya Allah..
Selesai semua tu..
Deq yu kembali sambung baca Yasin untuk Ibu..

Malam rabu itu jugak ,
Deq Yu tengok Ibu macam nak pergi buat selama-lamanya..
Deq yU ada dekat tepi Ibu..
Deq Yu tengok mata Ibu yang tutup tetiba terbukak dan melilau ke atas..(Allah, engkau lebih sayangkan Ibu)
Akhirnya,
Tamat penderitaan Ibu..
Ibu pergi meninggalkan kami..

#Pagi rabu jam 8.00 pagi , DeQ Yu DaN 2 OrAnG kAkAk mandikan Jenazah Ibu, tempat ibu operation yang ibu pakai Beg untuk buang air besao tu dah tak keluar darah, dah tak berkulat...Allah , memang Engkau Maha Berkuasa#

Allah , Aku terima pemergian Ibu dengan hati yang redha.
Tempatkanlah Ibuku dalam kalangan orang2 yang beramal soleh..
Pakaikanlah Ibuku dengan pakaian SyurgaMu.. Allah Hu Akbar..

---->>> i love you so much Ibu <<<----------

Rabu ---->>
12.58 a.m ------->>>>
28 MEI 2008 ---------->>>

0 komen: